Kehidupan peribadi Mia_Ahmad

Pada 13 Januari 2017 jam 10:18 pagi, dengan sekali lafaz, Mia Ahmad telah diijabkabulkan dengan pemain bola sepak iaitu penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim, Mohd Izham Tarmizi yang tiga tahun lebih muda daripadanya.[4] Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak dan dihadiri 200 orang tetamu terdiri daripada keluarga serta rakan-rakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Baderi Mohamad.[4]

Pada 28 September 2018, Mia dan Izham dikurniakan anak lelaki.[5]